Friday, June 11, 2010

TAHAJJUD DAN QIAMULLAI PADA ALLAH SWT


SATU cara paling ideal bagi seorang Muslim untuk berhubungan dengan Allah ialah mengerjakan ibadat pada waktu tengah malam, ketika suasana sunyi sepi dengan kebanyakan makhluk nyenyak tidur dan penuh kesejukan.
Pada waktu itu seorang Muslim boleh beristighfar, memuji, mensuci dan membesarkan Allah, malah mengerjakan solat sunat tahajud serta solat taubat.
Bagaimanapun, bukan satu perkara mudah untuk bangun dari tidur sedang orang lain lena dibuai mimpi.

Bukan mudah untuk berwuduk dalam kedinginan malam yang mencengkam tulang dan bukan sesuatu yang mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata terkebil-kebil.

Justeru, tidak ramai yang boleh bangun bertahajud, walaupun mengetahui banyak kelebihannya kecuali mereka yang benar-benar tertarik dengan keindahan Allah, berbanding keindahan mimpi di dalam tidurnya.
"Dan dari malam, hendaklah engkau bertajahud (tinggalkan tidur untuk solat) semoga Tuhan-Mu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji." (al-Isra: 79)

Solat tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan mereka dengan Allah.

Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.

Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.


Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya." (Hadis riwayat Abu Daud)

Amalan solat tahajud bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: "Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia ialah:

-Jauh daripada segala penyakit dan lahir kesan takwa pada wajahnya.
-Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia.
-Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan).
-Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

Sementara empat perkara di akhirat ialah:

-Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri.
-Dipermudahkan hisab.
-Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat.
-Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan."

1 comment:

  1. Al Quran tu benar, rasul2, malaikat2 tu adalah benar belaka, Allah Maha Kaya....dengan mengamalkan suruhan Allah swt, apatah lagi sunah Nabi Muhammad saw....kita akan sentiasa di bawah lindunganNYA. Jika di izinkanNYA, ana dapatlah melakukan solat tahajud, hajat, taubat di tengah malam....masyallah, subhanallh....melakukan solat malam adalah terlalu shahdu dan tenteram...kalu menangisi diri, insaf, memohon maaf pd Yang MAha Esa...itu semua bukan dibuat2 menangis tu...tu adalah ikhlas dan jujur...ana kalu termissed tak bangun malam, hatta, terlalu ngantuk, 2 rakaat jadik la ana solat tahajud...kalu ana terlalu letih dn ngantuk, lepas solat tahajud, ana sempat zikir "Subhanallah hi wabihamdi Subhanallah Hil Azim Astafilrullah Hil Azim"...100x atau Selawat " Allah Huma solli'ala Syaidinal Muhammad, Wa'alaihi syaidina wa Salam"...100x....cukup....berdoa. ana tido balik....pengalaman: Ana terlalu mempercayai kwn ana ni....dia seorg yg cukup warak dari appearence dia, seorg yg di segani di antara kami. Tiap2 tahun x pernah missed menunaikan Umrah dan bergelar Hajjah dlm usia yg muda gak, belum umur 40 pun dah hajjah. Seorang yg berjaya di dlm bisnes dan ana menganggap dia Quran bergerak, sebab byk ayat2 Quran di bibir dia, dia byk menghafal ayat tu ayat ni....ana byk refer pd dia kalu soal2 agama ni..Tuhan Maha Kaya, "Iyakanaq Buduwa iyak Kanakqs ta'ei"....(Hanya pd Engkau yg kami sembah dan hanya pada Engkau kami memohon pertolongan"...sekian lama ana berkawan....suatu hari....segala2nya terbongkar....kwn ana tu mengalahkan Hantu Syaitan.....mashyallah...(maaf ana tidak berniat nak mengaib kan sesiapa, cuma nk berkongsi pengalaman)....kwn yg ana anggap seorg yg warak rupanya manusia yg bertopengkan syaitan.....cukuplah ana gambarkan dia dgn kata2 begini sja, x perlulah ana menghuraikan lebih lanjut....the point ana nak terangkan bahawa....percayalah....jika kita ingat Tuhan, Allah swt, Tuhan akan ingat nak menjaga kita, melindungi kita....ana tak kata next time ana akan berhati2 dlm memilih kwn...kalu sesuatu yg buruk atau menimpa kita mesti bersebab, Allah swt nak menguji kita, menguji tahap kesabaran kita....lebih baik kita jangan putus "hubungan" dgn Allah swt....Ingatlah, jika kita "baik" dgn Allah swt, ikut "arahan" NYA, ikut "rules and regulations" Allah swt...Allah akan suka dan Allah akan protect kita. Jadi, cuma berbuat baik sesama makluk, sesama manusia biarlah berpada2....lebig afdal kita berbuat "baik" dgn Allah swt 101%.....balasan Allah atas "kebaikan" kita pd NYA adalah "confirm"......pikir pikir la.....

    ReplyDelete