Petunjuk dari Allah kesan dari solat Istikharah meruapakan satu yang sukar untuk kita tahu. Walaubagaimanapun ulama' telah membuat garis panduan berkaitan hal ini.
Cara-caranya:
Al Imam Nawawi menjelaskan syarat utama sebelum solat istikharah ialah minda kita hendaklah benar-benar bebas tanpa sebarang kecenderungan pendapat peribadi. Jika kita telah ada keputusan dan kecenderungan hati, lebih baik kita jangan berdiri melakukan solat istikharah.
Maksudnya janganlah kita mengutamakan sesuatu yang sudah berat dalam jiwa kita sebelum solat. Solat hendaklah dilakukan dengan khusu', memilih waktu yang tenang dan sunyi, serta membaca do'a yang makthur yang diajar oleh Nabi saw dalam hadis Jabir dari riwayat Bukhari.
Tanda2 atau petunjuk:
Al Nawawi menyebut lagi petunjuk itu mungkin datang dalam bentuk ketenangan, kecenderungan, ilham, mimpi dsbnyanya.
Ia merupakan suatu dorongan atau kecenderungan atau kemahuan yg kuat kepada seseorang dalam bentuk meneruskan atau meninggalkan atau pilihan A atau B.
Prof Mutawalli Sya'rawi rh (Anta tasal wa Islam Yujib) berpendapat Solat istikharah dan mimpi tiada kaitan kerana mimpi adalah mainan tidur yg dipengaruhi oleh banyak faktur. Alamat istikharah datang dalam bentuk kemantapan hati spt yg dijelaskan oleh Ibn Qayyim di atas.
Adakah Tanda-Tanda Dikabulkannya Permintaan?
Sebahagian orang berkata: “Setelah melakukan solat dan doa Istikhoroh, maka akan datang petunjuk dalam mimpinya, maka diambil pilihan sebagaimana mimpinya,” oleh kerana itu ada sebagian orang berwudhu’, lalu melakukan solat dan doa istikhoroh, kemudian terus tidur (mengharap petunjuk datang melalui mimpi), bahkan sebahagian mereka menyengaja memakai pakaian berwarna putih (supaya bermimpi baik), semua ini hanyalah prasangka manusia (yang tidak ada dasarnya). (Lihat Bahjah an-Nadzirin Syarh Riyadhus Sholihin oleh Syaikh Salim bin led al-Hilali 2/44)
Kesimpulan
1. Rasa bimbang, ragu, dan ketidak-tahuan baik dan buruknya suatu perkara adalah hal yang wajar, kerana semua itu termasuk tabiat dan keterbatasan manusia.
2. Solat Istikhoroh adalab solat yang dilakukan untuk minta petunjuk kepada Allah kebaikan perkara yang sedang dihadapi.
3. Para ulama bersepakat (ijma’) bahawa solat Istikhoroh hukumnya sunnah.
4. Solat Istikhoroh disunnahkan bagi segenap perkara baik besar atau kecil, selama seseorang bimbang atau ragu ataupun tidak mengetahui maslahatnya di masa akan datang/terkemudian.
5. Apabila sudah terdapat kecondongan hati atau mengetahui tentang baiknya perkara (dari awal lagi), maka tidak disunnahkan beristikhoroh, ini kerana solat Istikhoroh itu dilakukan adalah bagi tujuan meminta petunjuk, dan Allah memerintahkan hambanya yang telah melaksanakannya supya bertawakal kepada Allah.
6. Istikhoroh disunnahkan dalam perkara-perkara yang asalnya mubah, adapun perkara wajib dan sunnah, maka tidak disunnahkan istikhoroh, ini kerana kebaikannya sudah jelas adanya, sebagaimana perkara haram dan makruh tidak disunnahkan istikhoroh kerana keburukannya sudah jelas adanya.
7. Tidak terdapat dalil yang sah tentang pengkhususan bacaan surah-surah al-Qur’an dalam solat Istikhoroh.
8. Doa Istikhoroh boleh dibaca dalam solat (sebelum salam) atau di luar solat (sesudah salam)
9. Dibolehkan mengulangi solat Istikhoroh dalam satu perkara apabila diperlukan.
10. Ketenangan hati dan kelapangan dada kepada suatu perkara setelah melakukan solat istikhoroh adalah tanda petunjuk dari Allah, dan tidak terdapat dalil yang sah tentang keharusan melihat mimpi setelah beristikhoroh.
Demikianlah yang dapat dibentangkan dari beberapa penjelasan/keterangan para ulama tentang solat Istikhoroh, mudah-mudahan kita mendapat petunjuk dari Allah sehingga kita dapat melangkah sesuai dengan apa yang digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya dan mendapatkan yang terbaik dan sisi-Nya dengan jalan taat dan istiqomah di atas landasan-Nya, amiin.
Assalamkm. Ana sendiri mempunyai pengalaman yang ajaib. Dengan mengamalkan solat istiharah sebagai rutin solat2 sunat, insyallah, apa jua yang kita hendak buat sentiasa di bawah pengawasan Yang Maha Esa. Ketika Ana hendak membeli sepasang baju yg ana berkenan, terdetik di hati ana....perlukah aku membeli baju ni dgn harga rm50....memang ana berkenan tapi ana teragak2....ana pun berdetik...Ya Allah...jika baju ni tak memberi manfaat pdku KAU padamkan aje hasrat hatiku ini.....terus ana rasa macam baju tu tak cantik la pulak.....ana tak jadi beli.....tetiba anak2 ana nak makan piza, tgok dlm beg, duit ada cukup2 jer rm50....malas nak g cucuk duit kat ATM tu...ana beli lah piza dan ana bwak g rumah makcik ana, kitarang makan di sana ramai2 bersama anak2 makcik ana....tiba di sana...anak2 makcik ana dan makcik ana kata...Ya Allah...alhamdullilah ko bwak makanan....kitarang tengah lapar ni.....murah rezeki ko beli makanan kat kitarang, macam ko tahu la pulak yg kitarang ni betul2 lapar skrg ni.....ada few things lagi yg ana byk mohon pertolongan "nasihat" dari Allah swt....bebykan lah solat istiharah...jadikkan ia amalan kita...selain solat taubat, hajat, tahajjud....dgn istiharah...kita akan rasa seperti ada "bodyguard" yg akan kita mintak tolong atau mintak nasihat....percayalah.....
ReplyDelete